Jangan jadi katak bawah tempurung, jangan jadi mahasiswa macam lembu dicucuk hidung.Hak bersuara hak kita. Mahasiswa Ayuh Bersolidariti!

Monday, October 17, 2011

KELAR BAYI DALAM ASRAMA!


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
~Oleh Alias Abd Ranilias@hmetro.com.my
YA ALLAH.KESIANNYE BABY NI.=(
p/s:giler, binatang pon x buat mcm 2...berani buat x brani tanggung kn..bile dh trime akibatnye mule la nk bt bkn2 pd nyawe yg x berdosa langsung!

No comments: